Friday, November 06, 2009

KPLI-SR Ambilan Januari 2010

1. Maklumat secara sms kpd calon yang berjaya dipanggil temu duga pada 11/11/2009
2. Semakan nama calon berjaya untuk ditemu duga pada 12/11/2009
3. Temu duga KPLI-SR Ambilan Januari 2010 pada 16/11/2009
4. Semakan calon berjaya temuduga pada 08/01/2010
5. Pendaftaran di IPG pada 18/01/2010

*Tertakluk kepada perubahan masa dan tarikh

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Wednesday, November 04, 2009

Bertemu Berpisah Kerana Allah


Hari ini ramai yang memberikan perkhabaran gembira. Ada yang dapat bertukar ke negeri sendiri, ada yang dapat bertukar ke kementerian sebelah, ada yang naik pangkat. Macam-macam lagi lah. Hai, gembiranya mereka.

Itulah adat sebuah pertemuan. Pertemuan tanpa dirancang, perpisahan tanpa dipinta. Ukhwah fillah yang terjalin membuahkan satu jalinan yang mesra lagi harmoni. Namun, siapa kita untuk menolak hukum alam. Ketentuan Ilahi. Perpisahan harus terjadi.

Pada yang pergi, didoakan semoga dapat menjalankan kewajiban dengan penuh takzim. Pada yang tinggal, teruskan usaha demi kejayaan yang lebih cemerlang.

p/s:
Tahniah untuk Kak Ika yang dapat bertukar ke tempat tercinta.
Hilanglah seorang teman untuk makan breakfast dan lunch bersama-sama. Doakan saya ye kak, moga cepat dapat kerja yang lebih baik.

Tuesday, November 03, 2009

Resah


Bagi yang belum mendapat pekerjaan, resah jadinya. Memikirkan apa yang bakal terjadi. Boleh jadi tunggang langgang dunia apabila memikirkan tiada kerja tetap. Itu bagi saya mungkin. Orang lain entahlah. Lain orang lainlah feel nya.

Bagi yang sudah pun berjawatan tetap, macam-macam pulak karenahnya. Ada yang tidak sesuai dengan bos lah, ada yang tidak selesa di tempat kerja lah. Bak kata orang, beribu alasanlah. Mulalah isi borang berbagai, mula lah tulis surat berbagai. Begitulah resamnya.

Bagi yang berjawatan kontrak pulak, resah menunggu bila tiba saatnya kontrak tamat. Gaji yang lambat dikreditkan dalam akaun. Lepas tamat kontrak di mana pulak hendak dilaburkan bakti, dicarikan rezeki. Boleh pecah kepala untuk memikir semua ini.

Di sebaliknya, pasti akan terselit DIA tidak adil. Mengapa aku tidak ada kerja tetap? Mengapa aku tidak boleh ngam dengan bos? Dan semua persoalan yang remeh temeh sebenarnya.

Mengapa harus disempitkan fikiran. Semua itu ada hikmahnya. Cuma antara lambat atau lambat untuk kita sedar hikmah atasa semua yang berlaku.

Kita tidak diberikan pekerjaan yang tetap, namun kita masih ada suami, masih ada anak. Itulah ganjaran Allah pada kita. Ada orang mempunyai kerja yang tetap namun mereka tidak mempunyai anak, tidak mempunyai suami/isteri untuk ditagih nikmat kasih sayang. Begitulah hakikatnya kehidupan. Setiap sesuatu itu pasti ada di sebaliknya.

Usah resah menambah gelisah!!!!

Thursday, October 29, 2009

Permata Hati Ibu & Baba


Ini adalah wajah Sofea semasa baru dilahirkan. Ada iras-iras dengan wajah sekarang tak? Rindu pulak dengan wajah-wajah baby bau lahir. Bau syurga.

Tuesday, October 27, 2009

Bidadari Untuknya - 6 (Tamat)

Pengantin muslimah itu bersalam hormat denganku. Lalu aku dicium dan dipeluknya.

Kejap,kemas. Menusuk hingga ke kalbu.

Manik-manik juraian air mata pengantin baru itu tumpah ke tudungku.

“Terima kasih akak,” ujarnya dalam sebak.

“Akak adalah wanita terbaik untuk suami. Wanita solehah yang dijanjikan dalam Al-Quran. Benar ayat-ayat Allah. Subhanallah,”

“Bantulah saya untuk menjadi isteri yang membahagiakan suami saya,”

Kelu. Khali.

“Ya, bantulah isteri saya untuk menjadi isteri yang tahu menghargai betapa bernilainya sebuah perkahwinan. Kerana perkahwinan adalah cara untuk memahami erti saling memberi. Saling menghargai.perkahwinan adalah perjuangan untuk sama-sama berkongsi pahala demi jannah yang diimpikan,” Leka aku mendengar “pertolongan” daripada sepasang pengantin baru.

Aku mendongak.

Aku terkejut.

Lelaki itu adalah Naufal Fahmi, teman akrab suamiku. Dia yang segak bergaya. Berbusana muslim. Seri seorang pengantin terpancar.

Di sebelahnya adalah lelaki yang kucintai. Tersenyum.

Pesan suamiku pada merpati sejoli itu,

“Jagalah hati isteri, jangan disakiti, jangan dilukai, kerana ia amanah Ilahi. Bila bahagia membuatkan diri menjadi suci, isteri seorang terasa cukup di hati. Tidak perlu menikah lagi. Belajarlah membahagiakan satu isterimu,”

Bagaimana agaknya raut wajahku ketika itu? Mahu tersenyum, terasa sebu di wajah menahan malu.

Ketika sesi bergambar, suamiku membisikkan sesuatu.

“Bidadari di sana pasti cemburu kerana bidadari di sisi Abang adalah yang terpilih oleh Ilahi,”

Sungguh bidadari itu untuknya. Bidadari untuk suami yang membahagiakan satu isterinya.

.::TAMAT::.

Thursday, October 22, 2009

Kesayangan Kami

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan


Buat suami yang kucintai sepenuh jiwa
Pernikahan kita menyingkap tabir rahsia,

Diriku yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah,

Tidaklah setaqwa Aisyah,
jua tidak setabah Fatimah,

Apatah lagi secantik Zulaikha.


Justeru isterimu ini hanyalah wanita akhir zaman,

Yang punya cita-cita menjadi solehah....


Pernikahan ini mengajar kewajiban kita bersama,

Isteri menjadi tanah, Abang langit penaungnya,

Isteri ladang tanaman, Abang pemagarnya,

Isteri kiasan ternakan, Abang gembalanya,

Isteri adalah murid, Abang mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, Abanglah tempat bermanjanya.
Saat Isteri menjadi racun, Abanglah penawar bisanya,

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.


Pernikahan ini menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,

Untuk belajar meniti sabar dari redho Allah SWT,

Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,


Justeru ...... Abang akan tersentak dari alpa,

Abang bukanlah Rasullulah, pun bukan pula sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...

Amin.


“..Apalagi yang diperlukan bagi sebuah percintaan, jika di dalamnya terisi jutaan rahmat Tuhan..bila menangis ada yang meredakan, bila gembira ada yang mengingatkan, bila sakit ada yang mendoakan, bila sihat ada yang meraikan..alangkah hebatnya percintaan lagi hebat jika seiring perjuangan..”


Buat insan yang kucintai... Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang Kedua

"U Complete Me"

Monday, October 19, 2009

Kunang-kunang Cinta

Aku kunang-kunang sepi

Semalam aku sendiri

Menangis mengenang nasib diri

Sendiri tiada kekasih hati

Melayan lara rindu nan sepi

Tiada teringat pada yang Hakiki

KepadaNYA memohon moga diberkati

Tiada lagi resah menanti

Itu Janji Rabbul Izzati

Tapi itulah aku si kunang-kunang sepi

Mudah lupa tiada terperi


Aku kunang-kunang bahagia

Hari ini aku berdua

Senyum manis melakar ceria

Berpimpinan menelusuri kanvas dunia

Halal haram bukan di mata

Tiada aku teringat segala

Kerana agama bukan sandaran mulia

Kerana hitamnya hati matinya deria

Bahagia sementara kecewanya berduka


Aku kunang-kunang rindu merindui

Rindu pada hakikat Iman abadi

Rindu pada ihsan syafaat nabi

Kerana dunia itu tiada kekal sejati

Aku hanya kunang-kunang kerdilnya diri

Singgah sebentar meraih simpati

Ar Rahman Ar Rahim pernah berjanji

Ambillah dunia dahulukan ukhrawi

Wasatiahkan amalan hidup diberkati

Menjadi ummat terakhir insafilah diri.


Ilham Terindah: AnnurSofea